Selera Idaman

  • SELERA IDAMAN – NASI LEMAK GORENG OPAH, PUCHONG PERMAI

    SELERA IDAMAN – NASI LEMAK GORENG OPAH, PUCHONG PERMAI


    98 views

    Warga Puchong & sekitar yang nak makan Nasi Lemak Goreng, bolehlah singgah & cuba rasai sendiri di Opah’s Nasi Lemak​ yang beroperasi di Puchong Permai. Jom layan video ini sampai habis, jangan lupa like & share ya…

    #waronghunter

    Anda lapar? Anda mahu makan tempat murah tapi sedap?

    Jom rasai Nasi Lemak ala kampung penuh aroma resepi turun temurun yang sedap lagi menyelerakan di Opah’s Nasi Lemak, bersebelahan dengan NK Ayam Cincang.

    Set hidangan nasi lemak dihidangkan bersama ayam goreng yang diperap secara tradisional pasti membuatkan anda tidak kecewa.

    MENU

    nasi lemak ayam rm 5.50
    nasi lemak telur rm 2.50
    nasi lemak goreng ayam rm 7.00

    MASA OPERASI > Gerai dibuka setiap hari dari jam 5.30 petang hingga jam 12 malam.

    ALAMAT > Puchong Permai, Puchong
    TELEFON > 012-381 4959

    SUMBER VIDEO > WARONG HUNTER

     

     

     

     

  • SELERA IDAMAN – NASI KUKUS MALAYA AYAM CINCANG, PUCHONG

    SELERA IDAMAN – NASI KUKUS MALAYA AYAM CINCANG, PUCHONG


    76 views

    Diantara nasi kukus yang sedap kat Puchong, minuman kat sini pun superb, lokasi bersebelahan Permai Villa & Uptown Puchong Permai.

    #waronghunter

    ALAMAT > Persiaran Puchong Permai, Puchong
    TELEFON > 012-364 8715

  • SELERA IDAMAN – SEAFOOD LAMBAK YUMIE’S KITCHEN, DESA MELAWATI

    SELERA IDAMAN – SEAFOOD LAMBAK YUMIE’S KITCHEN, DESA MELAWATI


    84 views

    Menu-menu kat Yumie’s Kitchen memang terbaik dengan harga yang berpatutan. Korang patut cuba diaorang punya Seafood Lambak, Set Dulang Masak Lemak Cili Api & juga Nasi Lemak. Jom tonton video ni sampai habis, jangan lupa like, share & tag kat kawan-kawan korang yang suka makan tu.

    #waronghunter

    Ini termasuk dlm Set Dulang Udang Galah. Udang galah bukan kecik2 amat tau, standard size tau.. 6-7 ekor lagi.

    Mokcun Erma Fatima kata Seafood Lambak CENGGINI 👍🏻👍🏻👍🏻 , Syamel siap promote sebelum nyanyi…powerrrr!

    **Seafood Lambak *ala2 shellout(studio 16)
    **Nasi lemak,Set Dulang (studio 9)

    FB > Yumie’s Kitchen
    Waze > “enjoys corner” ,Desa Melawati
    Call/Whatsapp > 0172498876

     

     

     

  • SELERA IDAMAN – SELERA UTARA DI RESTORAN OMAR SYARIF, BANDAR BARU BANGI

    SELERA IDAMAN – SELERA UTARA DI RESTORAN OMAR SYARIF, BANDAR BARU BANGI


    86 views

    Warga Bangi dan sekitar yang nak cuba keenakan makanan Penang, bolehlah siggah dan cuba kat sini, Restoran Omar Syarif Rojak Penang yang beroperasi di Bandar Baru Bangi.

    #waronghunter

     

     

     

  • SELERA IDAMAN – CENDOL DURIAN SAWIT, BATU CAVES SELANGOR

    SELERA IDAMAN – CENDOL DURIAN SAWIT, BATU CAVES SELANGOR


    62 views

    Jom pekena cendol durian kat   , beroperasi di Batu Caves, Selangor

    Waktu operasi > 11.00 pagi hingaa 1.00 pagi setiap hari

    #waronghunter

    SUMBER VIDEO & INFO : WARONG HUNTER

    SUMBER FOTO : VKEONG.COM

     

     

     

  • SELERA IDAMAN – BURGER BANJIR EIGHT MILES IPOH

    SELERA IDAMAN – BURGER BANJIR EIGHT MILES IPOH


    61 views

    Keenakan burger pasti tidak akan dapat dilupakan peminat makanan Barat ini, tambahan pula sos cili dan sos lada hitamnya diproses dan dicampur dengan rempah-ratus buatan sendiri.

    Keistimewaan sos yang melimpah pada burger itu menjadi menu ‘terhangat’ di Restoran EightMiles8 di Ulu Kinta, Ipoh, Perak.

    Lebih menarik, pelanggan boleh menikmati set Burger Banjir bersama kentang goreng pada harga berbaloi bermula dari RM4 sehingga RM8.

    Pemiliknya, Wan Fardhley Ashari Wan Roslan, 30, berkata, hidangan istimewa itu ciptaannya sendiri selepas menyedari ada pelbagai jenis burger di pasaran, justeru penting baginya menghasilkan burger lain daripada yang lain dengan harga berpatutan.

    “Saya mendapat ilham membuat Burger Banjir selepas melihat ramai rakyat Malaysia menggemari roti canai banjir. Saya membuat makanan ini dengan konsep sama.

    “Saya percaya apa yang membuatkan pelanggan datang semula selepas kali pertama merasai burger banjir kerana sosnya lazat dan murah.

    Ini yang membuatkan Burger Banjir menjadi sebutan,” katanya yang berpengalaman sembilan tahun menjadi penjual burger jalanan.

    Wan Fardhley, anak jati Ipoh berpegang teguh pada prinsip mengekalkan keenakan dan harga terbaik supaya dapat memberi lebih kepuasan kepada pelanggan.

    Dia tidak menyangka sambutan pelanggan sangat menggalakkan tidak sampai sebulan sejak restoran ini dibuka pada dua tahun lalu.

    “Bagi memberikan penghargaan kepada pelanggan, kami menjual pelbagai jus buah-buahan dengan harga RM2 segelas.

    Selain burger banjir yang menjadi pilihan pelanggan, Restoran EightMiles8 turut terkenal dengan Full Tank Chicken Chop dan Full Tank Lamb Chop selain pelbagai masakan barat.

    Dia yang mengusahakan restoran itu bersama keluarganya, memilih konsep kitar semula sebagai hiasan dalaman restoran apabila semua perhiasan dan rekaan dalaman menggunakan barang kitar semula seperti besi terpakai, kayu buangan, zink, plastik dan sebagainya.

    Beroperasi pada jam 5 petang hingga 1 pagi, pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Instagram @eightmiles8 atau terus ke restoran itu di Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh, Perak.

             

    SUMBER INFO : HARIAN METRO
    SUMBER FOTO : FB EIGHT MILES 8
    SUMBER VIDEO : BRAINDISK0405