Planet Islam

  • PLANET ISLAM : KHUTBAH JUMAAT MENGENAI BAHAYA MEDIA SOSIAL

    PLANET ISLAM : KHUTBAH JUMAAT MENGENAI BAHAYA MEDIA SOSIAL


    46 views

    Khutbah Jumaat : Waspada Penggunaan Media Sosial

    Penyampai : Ustaz Abu Dzar bin Adanan

    Venue : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor

    Tarikh : 11 April 2015

    Sumber : TVSelangor

    Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim ketika membaca khutbah Juma’at beliau berkata:

    “Adakah kita  tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya WhatsApp, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?

    Hal ini merupakan Ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah ta’ala.

    Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih Whats App, Twitter, Facebook, youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.

    Kenapa hati kita menjadi keras ?

    Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian2 yang dishare di Whats App.

    Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.

    Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

    Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan ???

    Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui WhatsApp saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.

    Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

    Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.

    Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group-group lain.

    Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

    Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

    Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita.

    Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.

    Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami.Terlalu sibuk dengan handphone di tangan….

    Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.

    Sedang memandu, HP juga di tangan.

    Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

    Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

    Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Qur’an “???

    Adakah kita yang mengengkari hal ini ?

    Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih ?

    Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur ? Apakah Hand Phone ?

    Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.

    Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita”

    Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

    Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan….”

    Copy+paste untuk peringatan bersama.

     

     

     

     

    .

  • PLANET ISLAM : CARA BACAAN TAHIYYAT DENGAN BETUL – BAHAGIAN 2

    PLANET ISLAM : CARA BACAAN TAHIYYAT DENGAN BETUL – BAHAGIAN 2


    55 views

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    .

  • PLANET ISLAM : CARA BACAAN TAHIYYAT DENGAN BETUL – BAHAGIAN 1

    PLANET ISLAM : CARA BACAAN TAHIYYAT DENGAN BETUL – BAHAGIAN 1


    44 views

    Hari ini nak kongsi sedikit ilmu…InshaAllah…

     

    ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG ATTA’HIYYAAT Serta Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

    ATTA’HIYYAAT adalah doa yang sangat penting; kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.

     

    ATTA’HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra’ Mi’raj.

     

    Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia tidak berkata ‘Assalamualaikum’. Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.

     

    Jadi Nabi Muhammad SAW berkata:

    “Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah” (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)

     

    Allah jawab:

    “Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu ‘Warahmatullahi Wabarokaatuh” (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).

     

    Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:

    “Assalamu ‘Alaina Wa’ala’Ibadillahis So’lihin” (Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)

    Nota * Nabi Muhammad SAW mengata “kami” dalam jawapan … (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah)

     

    Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:

    “Ash’had’u’an La ilahaillallah Wa Ash’hadu Anna Muhammadun Abd’uhu Wa Rasuuluh”

    (Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya).

     

    SubhanAllah!

    Saya kini memahami kepentingan perbualan ini dalam doa harian kita dan bagaimana Solat telah ditetapkan kepada kita.

     

    Apa yang anda fikir perlu anda lakukan dengan ini? Bayangkan jika orang lain membacanya hanya kerana anda. Ingat saya dalam doa anda, Aamiiiin!

     

    Wallahua’lam… Terima kasih keranaa sudi membaca…

     

    Jangan lupa untuk ‘SHARE’ semoga orang lain pun tahu.. Insha Allah…

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    .

  • PLANET ISLAM : MENSYUKURI NUKMAT HIDUP

    PLANET ISLAM : MENSYUKURI NUKMAT HIDUP


    40 views

    Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri…

    Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

     

    Ada yang masih single.

    Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.

    Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.

    Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

     

    Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.

    Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

     

    Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.

    Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

     

    Zon masa kita semua tak sama.

    Jadi tak perlu merasa kita ‘tertinggal’ hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.

    Masa kita belum sampai.

    Obama retired at 55, tapi Trump ‘bermula’ pada umur 70.

    Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.

    Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

     

    Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.

    Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

     

    Ada yang ‘depan’ dari kita.

    Tapi ada juga yang ‘belakang’ kita.

    Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

     

    Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.

    Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.

    Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

     

    You are not late.

    You are not early.

     

    You are just on time.

    Jangan stress.

     

    Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

     

    Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

     

    Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.

    Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

     

    Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

     

    Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

     

    Ada orang, anaknya semua lelaki.

    Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.

    Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

     

    Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.

    Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

     

    Apa masalah kita sebenarnya?

     

    Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.

    Di tangan anak.

    Di tangan suami.

     

    Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

     

    Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

     

    Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

     

    Itulah kita kata rezeki.

    Dan rezeki itu hak Allah.

    Yakin.

    Yakin.

    Yakin.

     

    Jangan runsingkan kerja Allah.

    Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

     

    Jangan runsing belum ketemu jodoh

    Jangan ribut belum ada zuriat

    Jangan sedih hanya kerana beranak sorang

    Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki

    Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

     

    Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

     

    Jangan pertikaikan

    “eh nanti tua siapa nak jaga kau.”

    Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti

    Sempat ke kita tua?

     

    Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.

    Dan Allah itu adil.

    Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

    Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

     

    Pendek kata

    ALLAH ADA.

    Jangan takut

    #copypaste

    #Allah sebaik-baik perancang

    #Allah sebaik-baik pelindung

     

     

     

     

    .

  • PLANET ISLAM : KEAJAIBAN PENCIPTAAN DARAH & SALURANNYA

    PLANET ISLAM : KEAJAIBAN PENCIPTAAN DARAH & SALURANNYA


    38 views

    DARAH YANG AJAIB…

    Berikut fakta mengagumkan tentang darah kita….

     

    1). Apabila Gelas diisi air putih, dititiskan darah segar (manusia), maka air berubah menjadi merah kerana darah bercampur rata tanpa diaduk.

     

    • Kesimpulan : Air putih itu sangat baik untuk tubuh/darah kita.

     

    2). Gelas diisi air garam, dititiskan darah segar, diaduk. Tetap tidak tercampur dengan baik/rata, terlihat darah menggumpal kecil-kecil dan kental.

     

    • Kesimpulan :Terlalu banyak makan garam, darah jadi kental, menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah, jantung harus bekerja lebih keras mengepam,boleh mengakibat kan darah tinggi dan stroke.

     

    3). Gelas diisi minyak, dititiskan darah. Tidak mau bercampur dan menggumpal besar.

     

    • Kesimpulan :Terlalu banyak makan makanan berminyak tidak baik, kolestrol menyumbat pembuluh darah yg mengalir ke jantung, menyebabkan penyakit jantung yang meninggikan risiko kematian kerana boleh tiba2 sesak nafas dan tidak dapat dibantu.

     

    4). Gelas diisi alkohol, dititiskan darah. Terus bercampur, tapi lama2 darah berubah warna menjadi coklat, bererti darah menjadi rosak.

     

    Mari kita sampaikan perkara yg baik walaupun satu ayat, semoga bermanfaat untuk  tubuh dengan menjaga pola makanan setiap hari.

    Semoga bermanfaat….!!!

     

    Dr. Aishah

     

     

     

     

     

     

  • PLANET ISLAM : KEBESARAN ALLAH DI ALAM SEMESTA

    PLANET ISLAM : KEBESARAN ALLAH DI ALAM SEMESTA


    49 views

    Betapa kerdil dan dhoifnya kita apabila dibandingkan dengan kekuasaan ALlah yang tiada tolok bandingnya. Allah mencipta segala alam semesta ini adalah untuk manafaat dan kegunaan manusia. Tidak terhitung kurniaan ALlah kepada kita Namun manusia sentiasa angkuh dan sangat sedikit yang bersyukur

    ( Luqman – 31:27)

     

    Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    Berbahagialah seorang hamba yang sentiasa -mengenal dirinya dan musuhnya dan selalu berusaha untuk MEMPERBAIKI  dirinya.

    Dialah hamba yang beruntung kerana semakin dia bersungguh-sungguh mengurus jiwa dan hatinya dengan keimanan kepada Allah, dan membersihkan hatinya dari gejolak hawa nafsu maka Insyaa Allah dia akan semakin dekat kepada KEAMPUNAN Allah SWT dan Kasih Sayang Allah SWT.

    Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”

    (Al-Ankabut: 69)

     

    Sesungguhnya Allah swt telah berfirman dalam surah Al-An’aam ayat 40-45

    Katakanlah wahai Muhammad jika datang kepada kamu azab Allah dan hari kiamat adakah kamu akan menyeru selain Allah swt

     

    Surah Al-Anaam, ayat 40:

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?”

     

    Surah Al-Anaam, ayat 41:

    Bahkan Dia lah (Allah) yang kamu seru lalu Ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).

     

    Surah Al-Anaam, ayat 42:

    Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).

     

    Surah Al-Anaam, ayat 43:

    Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.

     

    Surah Al-Anaam, ayat 44:

    Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

     

    Surah Al-Anaam, ayat 45:

    Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): “Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam”

     

    Luqman (31:16)

    (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

     

     

     

     

     

  • PLANET ISLAM : JADUAL AMALAN HARIAN YANG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

    PLANET ISLAM : JADUAL AMALAN HARIAN YANG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS


    54 views

    JADUAL AMALAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS

    1. bangun malam ( sekitar jam 3 pagi)

    – _mandi dan ambil wuduk_

     

    1. solat sunat wuduk.

     

    1. solat sunat taubat.

     

    1. solat sunat tahajjud

    ( _8 rakaat_).

     

    1. solat sunat hajat ( _minta Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta ).

     

    1. solat sunat witir 3 rakaat.

     

    1. istighfr 100x

     

    1. tahlil 300x

     

    1. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

     

    1. tasbih 40x

     

    1. solat sunat fajar.

     

    1. solat subuh.

     

    1. baca yaassin lepas subuh.

     

    1. solat sunat dhuha 6 rakaat.

     

    1. Solat Zohor.

    – _solat sunat sebelum_

    – _solat sunat selepas_

     

    16.Solat Asar

    – _solat sunat sebelum_

     

    1. Solat maghrib

    – _solat sunat selepas_

     

    1. Solat Isya’

    – _solat sunat sebelum_

    – _solat sunat selepas_

     

    1. Sebelum tidur baca :

    – al-quran

    – _surah Al-mulk_

    – _surah sajjadah_

    – _surah al-waqiah_

     

    20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

     

    “Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”

     

    [Ustaz Datuk Ismail Kamus]

     

     

     

     

  • PLANET ISLAM : AGENDA KRISTIANISASI KE ATAS UMAT ISLAM

    PLANET ISLAM : AGENDA KRISTIANISASI KE ATAS UMAT ISLAM


    46 views

    Program : Wacana Agenda Kristian Sedunia

    Anjuran : Pembela

    Tarikh : 17 Ogos 2013

    Tempat : Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur

    Berikut adalah satu artikel yang tular di media sosial mengenai strategi halus pihak Kuffar untuk merosakkan umat Islam melalui makanan seharian kita. Benar atau dusta artikel ini masih belum dipastikan lagi…

    (SIAPA PERNAH MINUM ARAK JENIS NI …..???)

    Sedikit perkongsian … Pernah seorang anggota Polis dari Cawangan Khas PDRM beragama Islam bersembang dengan kami yang mana dia pernah ditugaskan menjadi spy menyamar seolah~olah dia Melayu Kristian, masuk ke Vatican.

    Menjadi satu kegembiraan Paderi Kristian jika ada Melayu masuk Kristian dari bangsa lain masuk Kristian. Jadi di sebabkan itu dia diambil sebagai anak angkat seorang ketua Paderi di Vatican. Hampir 6 bulan di Vatican.

    Masuk ke geraja setiap hari bersama Father tersebut untuk belajar dan kaji agama Kristian. Dia kata setiap kali dia masuk ke Gereja hati dia menangis dan merayu pada Allah S.W.T. agar jangan cabut nyawa dia dalam Gereja dan di Vatican. Nanti orang akan kebumikan dia dengan cara Kristian.

    Jadi sewaktu bersama mereka, banyak rahsia-rahsia yang terbongkar. Antaranya pendita-pendita Kristian mengkaji bahawa yang boleh merosakkan roh orang Islam ialah dari makanan.

    Mengikut hadis Rasulullah S.A.W., hati ditempa oleh makanan. Maka mereka kaji makanan apa yang boleh merosakkan hati orang Islam. Jadi pendeta mereka dapatkan dari hadis itulah arak. Mereka memangil para saintis mereka untuk buatkan arak jadi minuman yang membolehkan orang Islam minum dan dijadikan minuman harian.

    Maka mereka telah berjaya dan jadilah dari arak itu air *COCA COLA* dan *PEPSI COLA*.

    Baru-baru ini viral dalam whatsApp orang luar, seorang Paderi Kristian yang sudah masuk Islam ~ berceramah dan memberitahu hentikan minum Pepsi kerana sebenarnya arak. Kalau siapa tak tahu tidak berdosa. Setelah tahu berdosa jika meminumnya. Apa yang aku cakapkan ini maka janganlah minum lagi kerana sesungguhnya kamu sedang minum arak. Sungguh licik strategi musuh-musuh Allah.

    Ya ALLAH ampunkan kami…

    @@@

    Adakah ia benar? Hanya Allah SWT yang tahu!

     

     

     

  • PLANET ISLAM : KE MANA WANG ZAKAT ANDA DIAGIHKAN?

    PLANET ISLAM : KE MANA WANG ZAKAT ANDA DIAGIHKAN?


    37 views

    Lembaga Zakat Selangor, LZS sentiasa berusaha menyedarkan orng ramai memahami kewajipan berzakat. Kebanyakan umat Islam amat pemurah ketika dalam bulan Ramadan tetapi hanya bermusim. Sedangkan keperluan asnaf adalah berterusan sepanjang masa.

    TETAMU : ABDUL BASITH HAMID, KETUA DIVISYEN OPERASI AGIHAN ASNAF, LEMBAGA ZAKAT SELANGOR.

    Selain itu, video ini diharap dapat menjawab pertuduhan artikel ini yang banyak disebarkan di media sosial dengan menuduh Masjid dan Pusat Zakat TIDAK BUAT KERJA & mengabaikan fakir, miskin serta muallaf yang mengharapkan bantuan kewangan.

    Berikut adalah artikel ‘panas’ tersebut;

    *MENGAPAKAH DI MALAYSIA AGAMA KRISTIAN BERKEMBANG DAN AGAMA ISLAM TIDAK?*

    Kerana:

    Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya.

    Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi.

    Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal.

    Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.

     

    Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi.

    Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan

    menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

     

    Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam.

    Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).

     

    Masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).

    Gereja Kristian boleh dimasuki bila-bila masa.

     

    Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji).

    Paderi Kristian kerja sukarela.

     

    Air zam zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.

    Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang.

    Paderi Kristian sibuk berdakwah.

     

    Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci. membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau.

    Paderi Kristian sibuk menaja orang orang susah membaiki rumah dan bantuan barang barang dapur.

     

    Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf.

    Paderi Kristian sibuk membuat kebajikan.

     

    Ustaz-ustaz sibuk menjadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit.

    Paderi Kristian sibuk membina hospital.

     

    Orang Islam sibuk dengan milikan rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri.

    Tetapi orang Kristian sibuk berdakwah mencuba menarik hati orang Islam yang tidak punya harta.

     

    Renungkanlah.

     

     

  • PLANET ISLAM : BERKAHWINLAH, INSYA ALLAH MURAH REZEKI

    PLANET ISLAM : BERKAHWINLAH, INSYA ALLAH MURAH REZEKI


    39 views

    Nasihat untuk orang bujang jangan takut kahwin sebab miskin, gaji kecik…. ALLAH janji akan beri rezeki, kekayakan selepas kahwin nanti.

    SUMBER VIDEO : TILAWAH DAN DAKWAH

    “Carilah Rezeki Dengan Menikah” – (Kahwin Lagi)

    Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin.

    Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.

    Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah! Aku telahpun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin.

    Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?”

    “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya.

    Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya :

    “Wahai Rasulullah, isteriku sudah pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah…?” keluh lelaki itu.

    Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.

    Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin.

    Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? “, adu lelaki itu.

    “Berkahwinlah lagi,”kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.

    Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya.

    Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Carilah rezeki dengan menikah”

    (Riwayat Ibnu Abbas)

    Firman Allah SWT yang bermaksud: ” Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan.

    Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

    (Surah an-Nur : 32)