Destinasi Impian

  • DESTINASI IMPIAN – FIREFLIES PARK RESORT, KUALA SELANGOR

    DESTINASI IMPIAN – FIREFLIES PARK RESORT, KUALA SELANGOR


    85 views

    Jom lihat cahaya indah di hutan, kunang-kunang @ kelip-kelip yang menyala di pokok-pokok bakau daripada Fireflies Park Resort di Kuala Selangor.

    Ini pengalaman ajaib, hanya dapat disaksikan pada waktu malam dengan menaiki bot di sepanjang sungai Kuala Selangor.

    Pergi awal untuk menikmati makan malam di restoran makanan laut yang berdekatan.

    SUMBER FOTO : kuala-selangor.com & aiskacangmerah.com

    SUMBER VIDEO : Asia Travel TV

     

     

     

  • DESTINASI IMPIAN – JOM MANDI MANDA DI WET WORLD AIR PANAS, PEDAS RESORT

    DESTINASI IMPIAN – JOM MANDI MANDA DI WET WORLD AIR PANAS, PEDAS RESORT


    90 views

    Wet World Air Panas Pedas Resort merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancongan yang terawal dibangunkan di Negeri Sembilan.

    Taman Tema Air di Pedas Hot Spring, Waterpark dibina pada 10.12.1998 dan mula di buka kepada orang ramai sejak Februari 1999.

     

    Taman Tema Air ini berada dalam lingkungan 12 hektar yang merangkumi tarikan air seperti

    > Kembar Pedas iaitu dua gelongsor air

    > Ombak Pedas iaitu kolam berombak

    > Lazy River iaitu terusan sungai yang dibina untuk pengunjung merehatkan badan sambil mengelilingi taman air

    > Spring of Youth yang menempatkan mascot Kuda Laut kami untuk tarikan pelancong

    > Kiddy Pool iaitu kawasan permainan kanak-kanak yang tidak membahayakan kanak-kanak

    > Reflexology Walk iaitu lorong untuk pengunjung berjalan di atas batu yang berair panas, dan

    > yang paling menarik di sini adalah dengan adanya Kolam Air Panas yang mengalir secara semulajadi.

     
     Di sini juga kami ada menyediakan kemudahan seperti …

    > restoran

    > surau

    > Bilik persalinan

    > tandas

    > kedai cenderamata

    Kapasiti yang boleh di muatkan dalam satu masa adalah seramai 5,000 pax.

    Wet World Air Panas merupakan taman tema air yang pertama di Malaysia yang menggunakan bekalan air panas semulajadi.

    Airnya begitu unik kerana tidak mengandungi unsur sulfur. Air Panas yang terus mengalir dari telaga semulajadi dikatakan mujarab untuk menyembuhkan penyakit tertentu.

     
    Kolam Air panas merupakan air yang mengandungi kalium dan pelbagai bahan organic lain yang baik untuk kesihatan. Diantara kemujaraban yang diperkatakan tentang air panas ini termasuklah …

    > melegakan sakit sendi tulang

    > menegangkan otot badan dan saraf

    > serta pelbagai penyakit kulit

    Pihak Taman Tema tidak memberikan sebarang jaminan ke atas kemujarabannya tetapi kami pasti anda gembira berada didalam taman tema ini.

    Harga kemasukan di Taman Tema adalah dengan mengikut had ketinggian iaitu …

    > pada hari biasa 85cm = PERCUMA

    > 85cm sehingga 135cm = RM 8.00

    > 135cm ke atas = RM 10.00.

    Pada hari cuti sabtu, ahad dan juga cuti sekolah …

    > 85cm = PERCUMA

    > 85cm sehingga 135cm = RM 10.00

    > 135cm keatas = RM 12.00.

     Taman tema ditutup pada hari selasa kecuali pada hari selasa tersebut jatuh pada cuti sekolah dan cuti am.

    Waktu operasi pada hari biasa adalah dari pukul 1.00 petang sehingga 7.00 petang

    Waktu operasi pada hari Sabtu, Ahad, cuti am dan juga cuti sekolah adalah dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 petang.

    Di sini juga ada dibuka kepada semua pengunjung untuk menikmati kolam air panas di waktu malam yang mula beroperasi jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam dengan pembayaran sebanyak RM 6.00 bagi mereka yang menpunyai ketinggian melebihi 85cm.

    Taman Tema kami turut menganjurkan program pakej-pakej yang istimewa iaitu

    > pakej berkumpulan

    > carnival

    > parti hari jadi

    > rombongan sekolah

    > acara koporat

    > hari keluarga

    > dan banyak lagi

     
     
    Sekirannya pihak anda mempunyai sebarang kemusykilan atau sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi …

    > Pejabat = 06-685 8027

    > Cik Suhana = 017-289 0255

    Diharap anda berminat untuk menjadikan Wet World Air Panas Pedas sebagai salah satu destinasi pelancongan yang utama untuk beriadah.

    SUMBER : FB WET WORLD AIR PANAS PEDAS

    SUMBER VIDEO : ONLY WORLD GROUP

     

     

     

     

  • DESTINASI IMPIAN – KENALI TAIPING DI GALERI PERBANDARAN TIPING

    DESTINASI IMPIAN – KENALI TAIPING DI GALERI PERBANDARAN TIPING


    58 views

    Galeri Perbandaran Taiping ialah Pusat Interaktif untuk Warisan Pertama Bandar Taiping yang terletak di JKR 105, Jalan Stesen, 34000 Taiping, Perak.

    Ia beroperasi pada setiap …

    > Isnin-Khamis : jam 09:30 pagi – 5:30 petang

    > Jumaat : 09:30 pagi – 12:30 tengahari

    > Sabtu : 09:30 pagi – 5:30 petang

    > Ahad : 12:30 tengahari – 5:30 petang

    Galeri Pertama terletak di sebuah bangunan lama yang baru dipulihkan dan kini menjadi tarikan awam / mercu tanda di Bandar Warisan.

    Ia akan memberikan pengunjung-pengunjung satu pengalaman yang unik Taiping, Malaysia.

    Galeria ini akan melengkapkan koleksi sejarah dengan memberi tumpuan kepada Yang Pertama Dalam Sejarah Di Taiping.

    Ia akan menyediakan aktiviti dan program pendidikan awam bertujuan untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik mengenai sejarah khususnya di Taiping.

    Direka untuk menjadi satu tarikan bertaraf antarabangsa dan menjadi produk baru dan utama kepada pelancongan di Taiping.

    Pusat Warisan Interaktif ini bertujuan untuk menguruskan kisah dan sejarah Yang Pertama di Taiping di bawah satu bumbung.

    Jom kita ke sana!

     

     

     

     

  • DESTINASI IMPIAN – KIP HOTEL, KUALA LUMPUR

    DESTINASI IMPIAN – KIP HOTEL, KUALA LUMPUR


    62 views

    A harmonious blend of personalised service, modern comfort and unrivalled convenience right in the heart of Sri Utara, KIP Hotel welcomes you to its vibrant enclave where one can stay, dine and meet under one roof.

    KIP Hotel offers business and leisure travellers the convenience of a strategic location.

    SUMBER VIDEO > SURREAL PLAYGROUND

    Merendam kaki di kolam infiniti sambil menikmati kesegaran jus oren cukup mengasyikkan. Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi kedamaian.

    Keunikan reka bentuk moden dan penggunaan warna indah di setiap bilik serta ruang koridor bilik menjadikan penginapan di hotel ini ada kelainan tersendiri.

    Terletak di Kawasan Perindustrian Sri Utara Off Jalan Kuching dan 15 minit memandu dari pusat bandar raya Kuala Lumpur, KIP Hotel menawarkan lokasi strategik buat anda yang ingin penginapan atas urusan perniagaan atau percutian.

    Hotel perniagaan baru ini mudah diakses buat mereka yang ada urusan di Taman Perindustrian Selayang atau ingin mengunjungi lokasi pelancongan popular iaitu Batu Caves dan Genting Highlands.

    Diuruskan oleh Lexis Group, KIP Hotel menawarkan 199 bilik termasuk 12 bilik eksekutif dan tiga bilik suite dengan rekaan moden, bergaya dan selesa.

    Semua bilik dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk skrin televisyen LED dengan saluran satelit dan WiFi percuma.

    Pengarah KIP Group Valerie Ong berkata, pihaknya menjangka pembukaan hotel elegan ini menjadi tarikan kepada pelancong korporat.

    “Kedudukan KIP Hotel berhampiran lokasi perniagaan dan pejabat kerajaan memudahkan tetamu melakukan sebarang urusan rasmi,” katanya.

    Apa yang berlainan mengenai bilik ditawarkan KIP Hotel ialah pemilihan Seni Tiub Keluli 3D yang menceriakan ruangan kepala katil bagi menggantikan lukisan seperti di hotel lain.

    Menariknya, setiap tingkat hotel juga ada warna tema tersendiri, antaranya jingga, kuning, ungu lembayung, magenta, hijau, merah dan firus.

    Untuk menjamu selera dan berhibur, tetamu tidak perlu memandu kerana Aroma menyediakan pelbagai hidangan istimewa buat anda.

    Inginkan sesuatu yang lebih santai, Aqua by The Pool menawarkan ketenangan pemandangan dan kolam renang infiniti sambil menikmati keenakan jus segar.

    AtSix pula tempat sempurna untuk bertemu, berbual dan berehat manakala ATOP seperti namanya memberikan anda panorama bandar yang mempesona dari bar terbuka dengan alunan muzik mengasyikkan.

    Bagi peminat kopi dan jus, All Coffee All Juices (ACAL) kafe terbuka dengan sentuhan artistik desa menampilkan 20 jenis kopi yang disertakan pilihan pencuci mulut dan pastri enak.

    KIP Hotel juga menyediakan empat jenis bilik iaitu Arial, Baron, Carme dan Dosis bagi yang ingin menganjurkan seminar, mesyuarat atau majlis makan malam.

    SUMBER INFO & FOTO : Harian Metro & FB KIP Hotel

     

     

     

  • DESTINASI IMPIAN – TANAH AINA FAHAD, RAUB, PAHANG

    DESTINASI IMPIAN – TANAH AINA FAHAD, RAUB, PAHANG


    75 views

    Tanah Aina Fahad, sebuah resort 8 ekar terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong, Raub sesuai untuk semua pencinta alam yang ingin melarikan diri hiruk-pikuk kehidupan di kota.

    Hanya 2.5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, tetamu akan melalui pengalaman memandu indah melalui kampung Melayu untuk sampai ke resort. Ia mudah diakses dengan kereta, tempat letak kereta yang mencukupi disediakan untuk para tetamu.

    Apabila sampai Tanah Aina Fahad, tetamu akan disambut dengan bunyi sungai yang mengalir dan pemandangan indah Sungai Dong.

    Dapur disediakan untuk 24 jam (12:00-12:00) di mana maksimum 20 orang setiap dapur.

    Perkakas dapur, peti sejuk dapur, pembakar roti, set BBQ dan dapur gas disediakan.

    Nikmati kehangatan kopi, teh, teh misai kucing dan air. Makanan di luar turut dibenarkan.

    SUMBER : TANAH AINA.COM

    @@@ ARTIKEL DARI AKHBAR KOSMO @@@

     BERADA seharian di Tanah Aina Fahad, Ulu Dong, Raub, Pahang menjadikan diri terasa segar dan tenang kerana dikelilingi pepohon hutan yang meliputi kawasan yang berkeluasan 37,432 meter persegi itu.

    Terasa dibuai-buai sambil fikiran melayang mendengar simfoni alam antara unggas-unggas dan deruan air yang berakar dari Lata Jarum, Ulu Dong.

    Hilang lelah di tubuh Ari Suwari selepas seminggu sibuk membanting tulang yang menuntut ketekunan fizikal dan emosi dalam menjalankan tanggungjawab sehariannya.

    Bagi jejaka berusia 28 tahun itu, Tanah Aina Fahad mempunyai keistimewaan yang secocok dengan jiwanya yang mencintai alam semula jadi.

    “Memang banyak lokasi percutian hujung minggu yang terdapat di Malaysia tetapi saya lebih gemar untuk berada dekat dengan flora dan fauna.

    “Tanah Aina Fahad menjanjikan kesegaran dan ketenangan yang jarang sekali dirasai, terutamanya kepada penduduk di ibu kota,” ujar Ari yang turut ditemani oleh adiknya, Aan, 24.

    Tanah Aina Fahad merupakan lokasi baharu yang diperkenalkan oleh pengusahanya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

    Selain Tanah Aina Fahad, terdapat lima lagi lokasi percutian di bawah kendalian Tanah Aina Sdn. Bhd. iaitu Tanah Aina Farrah Soraya (Raub), Tanah Aina Farouq (Mukim Tras, Raub), Tanah Aina Fareena (Bentong), Tanah Aina Farhana (Desaru) dan sebuah Restoran Tanah Aina Azareena di Bentong.

    Bakal dibuka sepenuhnya pada bulan depan, Tanah Aina Fahad menekankan konsep perkhemahan yang menempatkan pengunjung di sebuah khemah berdekatan sungai.

    Kawasan seluas 12,140 meter persegi dikhususkan untuk tapak perkhemahan yang mampu menempatkan 20 khemah dalam satu-satu masa.

    Sebuah khemah boleh memuatkan seramai empat hingga lima orang yang turut dilengkapi katil, tilam dan kipas.

    KONSEP

    Konsep perkhemahan tersebut dipilih berdasarkan struktur muka bumi Tanah Aina Fahad yang dikelilingi hutan simpan semula jadi.

    Ia terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Benom di bawah kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Disebabkan itu, pengunjung bakal menikmati keadaan hutan sebenar yang dihuni oleh hidu- pan flora dan fauna.

    Berkesempatan mengunjungi kawasan ekopelancongan itu, pengunjung berpeluang melihat pelbagai variasi burung yang bebas berterbangan, antaranya burung murai, serindit dan merbah.

    Bagi mengekalkan momentum tersebut, pengunjung juga diminta untuk menyediakan makan dan minum sendiri bagi mewujudkan semangat berdikari dalam diri mereka.

    “Kami akan menyediakan kemudahan memasak seperti dapur, peralatan memasak dan bahan memasak mengikut permintaan mereka,” ujar Shariffa Sabrina.

    SUMBER INFO : KOSMO

    SUMBER VIDEO : mSTAR ONLINE

     

     

     

     

  • DESTINASI IMPIAN – KEHIJAUAN TEMPLER PARK RAINFOREST RETREAT, SELANGOR

    DESTINASI IMPIAN – KEHIJAUAN TEMPLER PARK RAINFOREST RETREAT, SELANGOR


    60 views

    Alamat > No 23, Jalan 3/2, Templer Heights, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

    Mula Operasi > 1 March 2014

    Berlatarkan hutan hujan di Templer Park, menghadap ke Bukit Takun,dihiasi tasik & padang golf dengan pondok-pondok kayu, buaian dan kolam ikan. Jaak masa kira-kira 30 minit dari Kuala Lumpur.

    Tempat percutian hutan hujan yang segar serta bersih dan anda akan berasa seolah-olah anda telah pergi ke kawasan yang jauh.

    Sebuah tempat yang bukan sahaja dapat melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan bandar tetapi tempat di mana anda boleh mengadakan parti dan perhimpunan. Persekitaran semulajadi yang ideal untuk berehat, beriadah, destress dan menenangkan fikiran.

    Ia merangkumi kawasan kira-kira tiga ekar di atas tanah tinggi. Terdapat dek tontonan yang hebat yang menghadap gunung (Bukit Takun / Anak Bukit Takun) dan tasik.

    erdapat kolam ikan dan dek; kami menyediakan set BBQ bagi keperluan memasak anda.

    Kawasan ini juga terletak berdekatan dengan tempat makan dan Tesco yang terletak dalam jarak 5 minit berjalan kaki.

    Info lanjut sila layari >>> https://tprr.net

    SUMBER INFO & FOTO : FB Templer Park Rainforest Retreat

    SUMBER VIDEO : BEST RAVEL DESTINATION

     

     

  • DESTINASI IMPIAN – HOTEL KAPSUL DI SUNGAI LEMBING, PAHANG

    DESTINASI IMPIAN – HOTEL KAPSUL DI SUNGAI LEMBING, PAHANG


    68 views

    Hotel berbentuk kapsul atau Time Capsule Retreat di pinggir hutan pekan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang ini pasti mengujakan penghuninya yang pertama kali ‘beradu’ kerana ia berbeza dengan bilik penginapan lain dikunjungi sebelum ini.

    Biarpun tampil dengan pelbagai gelaran seperti hotel kolong, hotel kapsul, hotel tiub atau hotel paip pembentung, namun ia tetap mencuri pandangan kerana rekaannya unik berbentuk silinder.

    Time Capsule Retreat menerapkan konsep kembali kepada alam sekitar dan menawarkan bilik yang berinspirasikan binaan kolong.

    Melelapkan mata dan merehatkan badan di bilik tidur ‘konkrit’ dengan warna putih sebagai latar ruang, menikmati pula kicauan burung serta kesegaran alam sekitar pastinya menjanjikan pengalaman sukar dilupakan.

    Begitu juga dengan penulis yang sedikit teruja sebaik membuka pintu bilik penginapan kerana di dalamnya hanya kelihatan ruang yang sempit, tapi selesa.

     

    Dua tiga langkah saja sudah boleh berbaring di tilam empuk yang dibaluti cadar putih. Tiada kerusi meja disediakan kecuali katil bersaiz ‘queen’, alat pendingin hawa dan soket untuk kemudahan mengecas telefon bimbit.

    Pemiliknya, Tan Siow Lan berkata konsep santai dengan pandangan hijau yang mendamaikan itu antara tarikan utama

    “Kami ingin perkenalkan ‘space ship from autospace’. Tidur dalam kapsul, keluar saja bilik terpandang hutan. Satu pemandangan unik yang tiada seumpamanya.

    “Malah kami harap tetamu merasai sendiri pengalaman tinggal dalam sebuah ruang sempit tapi selesa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Tersedia di luar bilik kemudahan tandas dan bilik air, tempat mandi terbuka, kolam mini, sinki dan ampaian selain menikmati makanan serta minuman di ruang meja khas.

    Dia yang turut dikenali sebagai Young berkata pengunjung juga bebas untuk membuat pilihan lain jika berminat untuk bermalam di banglo putih dengan seni bina Inggeris yang terletak bersebelahan kapsul konkrit itu.

    Kedua-dua hotel kolong dan banglo berkenaan boleh menempatkan hingga 40 orang pada satu-satu masa.

    “Kami memiliki lapan kapsul dilengkapi katil bersaiz ‘king’ ditawarkan pada RM119 satu malam,” kata Tan.

    Menurutnya, empat kapsul mempunyai dinding cermin pada bahagian kepala katil menghadap hutan sementara empat kapsul lagi menggunakan cermin tebal sebagai pintu.

    Ia bagi membolehkan pengunjung melihat keindahan alam dari setiap sudut.

    Bagi pasa­ngan yang baru berkahwin atau yang mahu meraikan ulang tahun perkahwinan, kapsul ini boleh dijadikan pilihan untuk berbulan madu.

    Malah ia terlindung dalam rimbunan rimba melengkapi landskap alam semula jadi yang memagari kapsul penginapan di Time Capsule Retreat itu.

    Biarpun terletak di pinggir hutan, kemudahan wifi tetap disediakan selain televisyen untuk menghilangkan sedikit rasa bosan jika malas untuk keluar ke pekan Su­ngai Lembing.

    Selain tarikan penginapan yang unik, pengunjung boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di sekitar Sungai Lembing seperti berkelah di Air Terjun Pelangi, mendaki Bukit Panorama, Muzium Sungai Lembing dan aktiviti lasak kenderaan ATV serta ‘flying fox’.

    Sebarang keterangan lanjut sila layari laman Facebook TIME CAPSULE RETREAT.

    SUMBER VIDEO > ANGIN TIMUR

     

     

  • DESTINASI IMPIAN : BERKELAH DI CHALET LATA PAPAN, KUAK, KUALA KANGSAR, PERAK

    DESTINASI IMPIAN : BERKELAH DI CHALET LATA PAPAN, KUAK, KUALA KANGSAR, PERAK


    83 views

    Tempatnya yang cantik, damai serta pemandangan yang indah.

    Dari Kuala Kangsar terus ikut Lebuhraya ke Lenggong/Gerik
    > Sampai Kuak masuk jalan lama sampai simpang Kampung Lata, Papan
    > Terus masuk jalan Kampung Lata, Papan

    SUMBER INFO & FOTO : Waris Megat Terawis ( FB Group Teman Anak Perak )

    SUMBER VIDEO : LAJUB RICOH

     

     

  • DESTINASI IMPIAN – PERCUTIAN ALA IINGGERIS DI MAS BRO VILLAGE, CHENG, MELAKA

    DESTINASI IMPIAN – PERCUTIAN ALA IINGGERIS DI MAS BRO VILLAGE, CHENG, MELAKA


    52 views

    Unik Dan Kreatif! Perkataan ini pasti meniti di bibir tatkala anda melalui Batu 7, Kampung Bangsal, Paya Rumput, Cheng, Melaka.

    Ini kerana dari tepi jalan raya, anda akan melihat sederet kotej berbentuk segi tiga berwarni-warni. Ia betul-betul bersebelahan Rumah Tradisional Paya Rumput.

    Bagi yang pernah bercuti di Eropah atau Australia, anda pasti terkenang memori berkunjung ke sana. Kini anda tidak perlu lagi ke luar negara kerana di Melaka juga ada penginapan hampir sama yang jauh lebih murah.

    Dinamakan Masbro Village, suasana sekitarnya yang tenang kerana jauh dari hiruk-pikuk bandar pasti menambat hati sesiapa saja yang pertama kali menetap di sini.

    Tambahan pula kawasan penginapan ini yang diubah suai menjadi seakan-akan perumahan Inggeris mewujudkan lagi suasana harmoni bagi mereka yang gemar bergambar.

    Justeru, tidak hairanlah apabila tempat penginapan ini menjadi viral di laman sosial.

    Masbro Village yang beroperasi sejak Mei tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada pengunjung dari luar Melaka.

    Sehinggakan pengurusnya, Mazlan Ali, 50, tidak menang tangan menjawab panggilan telefon daripada pelanggannya.

     Menurut Mazlan, pembinaan Masbro Village cetusan ideanya dan adik bongsu, Mas Fazil Ali, 49.

    “Pada awalnya pembinaan kotej ini khas untuk ahli keluarga, tetapi apabila difikirkan ia ada potensi untuk memajukan sektor pelancongan Melaka, kami sebulat suara menjadikan Masbro Village sebagai kotej penginapan pelancong.

    “Bermodalkan lebih RM50,000 yang datang sepenuhnya daripada Mas Fazil, dua kotej dibina dan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk siap sepenuhnya sebelum mula beroperasi.

    Masbro Village diambil sempena nama kami enam beradik yang berpangkal ‘Maz’.

    “Selepas itu, saya mula menghebahkan pembukaan Masbro Village di laman sosial Facebook.

    Tidak dijangka dalam masa beberapa hari saya mendapat banyak panggilan untuk tempahan sehingga terpaksa ditolak berikutan kami hanya ada dua kotej pada masa itu,” katanya.

    Kini, Masbro Village yang berkeluasan 1.8 ekar sudah mempunyai enam kotej. Dijangka pada tahun depan 18 lagi kotej akan dibina. Penambahan dibuat berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan.

    Mengenakan sewa RM250 semalam, setiap kotej dilengkapi dua katil bersaiz ‘queen’ di tingkat atas manakala di bawah pula menempatkan bilik air, televisyen, sofa, ketuhar gelombang mikro dan pinggan mangkuk yang mampu memuatkan enam orang pada satu masa.

    Menariknya, mengikut perancangan pada tahun depan dua kolam renang kanak-kanak dan dewasa akan dibina dan pengunjung berpeluang merasai kelainan seperti sedang bercuti di sebuah pulau.

    Selain itu, tempahan untuk majlis perkahwinan pada waktu malam di Masbro Village juga akan dilaksanakan.

    “Masbro Village bukan saja meningkatkan ekonomi kami, bahkan penduduk sekitar Paya Rumput kerana kebanyakan pengunjung mencari makanan ala kampung.

    Selain itu, pekerja yang menguruskan kotej juga semuanya diambil dalam kalangan jiran tetangga.

    “Bagi yang tidak pernah menginap di sini, datang dan rasai keunikannya sendiri apatah lagi selepas ini Masbro Village akan dinaik taraf.

    Disarankan membuat tempahan sebulan lebih awal berikutan pada hujung minggu kotej sentiasa penuh,” katanya.

    Artikel ini disiarkan oleh Harian Metro pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 11:22 AM

    SUMBER VIDEO > FOLLOW ALONA JALAN

     

  • DESTINASI IMPIAN – MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS, IPOH

    DESTINASI IMPIAN – MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS, IPOH


    46 views

    MAPS – Movie Animation Park Studio

     

     

     

     

     

     

    Animation Theme Park Sdn. Bhd.

    Plot E-BO3, Persiaran Meru Raya 3
    Bandar Meru Raya
    30020 Ipoh
    Perak Darul Ridzuan

    Website > http://www.mapsperak.com

    SUMBER VIDEO > YOUTUBE/MAPS PERAK