DESTINASI IMPIAN – JOM MANDI MANDA DI WET WORLD AIR PANAS, PEDAS RESORT

Video Rate:
0 / 5 ( 0votes )
91 views

Wet World Air Panas Pedas Resort merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancongan yang terawal dibangunkan di Negeri Sembilan.

Taman Tema Air di Pedas Hot Spring, Waterpark dibina pada 10.12.1998 dan mula di buka kepada orang ramai sejak Februari 1999.

 

Taman Tema Air ini berada dalam lingkungan 12 hektar yang merangkumi tarikan air seperti

> Kembar Pedas iaitu dua gelongsor air

> Ombak Pedas iaitu kolam berombak

> Lazy River iaitu terusan sungai yang dibina untuk pengunjung merehatkan badan sambil mengelilingi taman air

> Spring of Youth yang menempatkan mascot Kuda Laut kami untuk tarikan pelancong

> Kiddy Pool iaitu kawasan permainan kanak-kanak yang tidak membahayakan kanak-kanak

> Reflexology Walk iaitu lorong untuk pengunjung berjalan di atas batu yang berair panas, dan

> yang paling menarik di sini adalah dengan adanya Kolam Air Panas yang mengalir secara semulajadi.

 
 Di sini juga kami ada menyediakan kemudahan seperti …

> restoran

> surau

> Bilik persalinan

> tandas

> kedai cenderamata

Kapasiti yang boleh di muatkan dalam satu masa adalah seramai 5,000 pax.

Wet World Air Panas merupakan taman tema air yang pertama di Malaysia yang menggunakan bekalan air panas semulajadi.

Airnya begitu unik kerana tidak mengandungi unsur sulfur. Air Panas yang terus mengalir dari telaga semulajadi dikatakan mujarab untuk menyembuhkan penyakit tertentu.

 
Kolam Air panas merupakan air yang mengandungi kalium dan pelbagai bahan organic lain yang baik untuk kesihatan. Diantara kemujaraban yang diperkatakan tentang air panas ini termasuklah …

> melegakan sakit sendi tulang

> menegangkan otot badan dan saraf

> serta pelbagai penyakit kulit

Pihak Taman Tema tidak memberikan sebarang jaminan ke atas kemujarabannya tetapi kami pasti anda gembira berada didalam taman tema ini.

Harga kemasukan di Taman Tema adalah dengan mengikut had ketinggian iaitu …

> pada hari biasa 85cm = PERCUMA

> 85cm sehingga 135cm = RM 8.00

> 135cm ke atas = RM 10.00.

Pada hari cuti sabtu, ahad dan juga cuti sekolah …

> 85cm = PERCUMA

> 85cm sehingga 135cm = RM 10.00

> 135cm keatas = RM 12.00.

 Taman tema ditutup pada hari selasa kecuali pada hari selasa tersebut jatuh pada cuti sekolah dan cuti am.

Waktu operasi pada hari biasa adalah dari pukul 1.00 petang sehingga 7.00 petang

Waktu operasi pada hari Sabtu, Ahad, cuti am dan juga cuti sekolah adalah dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 petang.

Di sini juga ada dibuka kepada semua pengunjung untuk menikmati kolam air panas di waktu malam yang mula beroperasi jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam dengan pembayaran sebanyak RM 6.00 bagi mereka yang menpunyai ketinggian melebihi 85cm.

Taman Tema kami turut menganjurkan program pakej-pakej yang istimewa iaitu

> pakej berkumpulan

> carnival

> parti hari jadi

> rombongan sekolah

> acara koporat

> hari keluarga

> dan banyak lagi

 
 
Sekirannya pihak anda mempunyai sebarang kemusykilan atau sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi …

> Pejabat = 06-685 8027

> Cik Suhana = 017-289 0255

Diharap anda berminat untuk menjadikan Wet World Air Panas Pedas sebagai salah satu destinasi pelancongan yang utama untuk beriadah.

SUMBER : FB WET WORLD AIR PANAS PEDAS

SUMBER VIDEO : ONLY WORLD GROUP

 

 

 

 

Category: Destinasi Impian
Booking.com