DESTINASI IMPIAN – DESARU FRUITS FARM, JOHOR

Video Rate:
0 / 5 ( 0votes )
48 views

Wowww, petik buah segar dati pohonnya? Emm, ini satu pengalaman biasa jika anda anak desa tetapi ia pasti kenangan manis buat kita yang tinggal di bandar-bandar & ibukota.

Menikmati buah-buahan tempatan yang dipetik terus dari pokoknya pastinya cukup menyelerakan. Selain segar, ia antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.

Ingin merasai sendiri suasana dan keseronokan menikmati buah-buahan tempatan yang baru dipetik daripada pokok?

Ladang Buah-Buahan Desaru menjanjikan keseronokan menikmati buah-buahan selain mempelajari buah-buahan tropika.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berkeluasan 40.46 hektar, Ladang Buah-buahan Desaru atau Desaru Fruit Farm dipenuhi…

> lebih 100 jenis buah-buahan tropika

> 10 spesies tumbuhan

> zoo

> kolam ikan koi

> dan tarikan lain yang menjanjikan pengalaman menarik buat pengunjung seisi keluarga.

 

 

 

 

 

 

 

Mendapat anugerah khas pada tahun 2006 daripada Kementerian Pertanian pada Hortikultur dan Agro-Pelancongan (MAHA) sebagai tapak pelancongan pertanian terbaik di Malaysia, ladang ini diselenggara dengan baik sekali gus menjadikannya destinasi yang menerima pelancong dari seluruh dunia.

Berkunjung ke sini, pengunjung bukan saja berpeluang menikmati dan membeli buah kegemaran berkualiti tinggi, malah berpeluang mempelajari cara memilih buah-buahan.

Boleh mencuba dan merasai buah-buahan tempatan seperti nangka, limau madu, air jambu batu, durian belanda dan pastinya durian.

 

 

 

 

 

 

 

 

Terletak di Sungai Cemaran, Desaru, Kota Tinggi, pengunjung ada beberapa pilihan, antaranya lawatan separuh hari atau menghabiskan waktu semalam atau dua dengan pakej disediakan.

Dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari, tempahan awal terutama yang datang secara berkumpulan sangat disyorkan.

SUMBER INFO : Harian Metro Online – Khamis, 23 Jun 2016 @ 5:00 AM

SUMBER VIDEO : Malaysia Insight

SUMBER FOTO : Tourism Malaysia, FB Desaru Fruits Farm

 

 

 

Category: Destinasi Impian
Booking.com